Meneroka Kota Athens Pada Musim Sejuk [Part 2]


Pada hari kedua (4hb January) dengan suhu sekitar 11 °C di Athens, author pergi mengunjungi Acropolis untuk mengimbau kembali saat belajar Sejarah Tingkatan 4: Bab Peningkatan Tamadun Yunani dulu. Pasti ramai minat subjek Sejarah bukan? hohoho 😆😅 Acropolis berada di bukit berbatu setinggi 156 m, dan ada beberapa runtuhan bangunan kuno yang dulunya adalah kuil yang menjadi pusat sejarah Athena. 

Di lereng bukit Acropolis terletak kawasan kota tua Plaka. Daerah ini sudah dihuni dan dikembangkan dengan berbagai bangunan sejak ribuan tahun lalu, dan sampai saat ini masih terdapat peninggalan bangunan kuno.

Meet Greek Souvenir Shop Girls. I Can't Recall Her Name. Can I Call  You 'Mine'? Cia Cia Cia.. 😆😅

Dalam perjalanan menuju ke Acropolis, kami disapa oleh seorang gadis Greek penjual souvenir dengan ucapan "Selamat Pagi!" membuatkan author terpegun seketika kerana tidak menyangka beliau pandai serba-sedikit bertutur Bahasa Melayu. Moment yang paling rare sebab kebanyakkan penduduk di sini bila ditanya mereka akan menjawab soalan kita dengan Bahasa Greek dan sekali gus berjaya menarik minat author untuk membeli barangannya hohoho Surprisingly, souvenir yang dijual juga murah! 😃


Di atas bukit Acropolis ini terdapat beberapa bangunan monumen & kuil yang bakal dilawati seperti Erechteion, Parthenon, Nike dan Propylaea seperti digambarkan di bawah ini:

Reconstruction Diagram of the Athenian Acropolis (Source: Click Here)

Admission Fees €10 (Reduced Price - Winter Season)

Almost There

The Propylaea, 437-32 B.C.
Propylaea, adalah bangunan monumental yang merupakan pintu gerbang ke komplek Acropolis di mana dibangunkan oleh Mnesikles.

Parthenon (Left) & Erechtheion (Right)
Parthenon (Παρθενών) merupakan sebuah kuil dibina khas untuk dewi Athena di puncak bukit tertinggi di kota Athena, iaitu di Akropolis. Pembinaannya bermula di antara 447 - 438 BC apabila Empayar Athen berada pada kekuasaan tertingginya. Kuil ini berukuran 30.86m x 69.51m x 15m tinggi (hampir sebesar separuh padang bola).

The Restoration Works in Progress

Parthenon, The Most Famous Ancient Greek Landmark

Trademark Jumping Move! Hohoho

The Olympieion As Seen From Acropolis

Panorama View of Athens City

The City Surrounded by Mountains

Greek Flag on Acropolis

Close-Up Photo with Greek Flag

The Erechtheion, 421-406 B.C., Classical period, Acropolis, Athens
Erechtheum (Ερέχθειο) merupakan tumpuan ke-2 selepas The Parthenon. Kuil ini siap dibina pada tahun 406 BC bagi memperingati Dewa Athena dan Dewa Poseidon.


Porch of the Caryatids
Porch of the Maidens atau Caryatids terletak pada bangunan Erechtheum adalah yang paling menarik perhatian author kerana menggunakan patung berupa wanita sebagai tiang penyokong. Namun, apa yang anda lihat cuma dummy tiruan kerana 5 yang asal disimpan di Acropolis Museum dan 1 lagi disimpan di British Museum. Sebelum datang sini author pergi melawat Acropolis Museum terlebih dahulu. Boleh baca artikel sebelum ini (click here).

Herodes Atticus Amphitheatre Below the Acropolis

Di bawah Acropolis ada Theater of Herod Atticus yang berkapasiti lebih 6000 orang ini digunakan sebagai tempat untuk mengadakan konsert muzik. Pembinaannya siap pada 161AD. Teater kuno ini dibangunkan sebagai memperingati kematian Aspasia Regilla, isteri kepada Herod Atticus.
Aspasia Regilla Source: www.greeka.com
Aspasia Regilla Source: www.greeka.com

Aspasia Regilla Source: www.greeka.com
Aspasia Regilla Source: www.greeka.com

Theater of Herod Atticus with the Hill of Philippapos and City View

Theatre of Dionysus
Seterusnya ada Theatre of Dionysos, teater batu pertama dibangun kembali sekitar tahun 342 BC oleh Lykourgos yang berkapasiti 17,000 orang ini dibina pada waktu ‘drama’ dan ‘teater’ mula dipertontonkan. Ia dianggap sebagai tempat permulaan teater Eropah yang pertama.


Food Selfie for Lunch Break €7

Semasa tengah menikmati makan tengahari, seorang budak perempuan dalam lingkungan 10 - 12 tahun muncul sambil bermain alatan muzik accordion. Poor girl. 😓 Kanak - kanak yang lain sebaya beliau pergi sekolah tapi beliau terpaksa keluar mencari rezeki. Krisis hutang Greece beberapa tahun yang lepas telah menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi terutamanya golongan muda. Dikhabarkan Greece telah menghentikan 30 ribu orang kakitangan awam mereka, tidak termasuk jumlah pekerja daripada syarikat dan kilang swasta kerana tidak mampu membayar gaji mereka. Krisis kewangan Greece patut dijadikan teladan untuk elak negara muflis.

Di atas permintaan, artikel kali ini diakhiri dengan video singkat persembahan muzik oleh budak perempuan tersebut yang sempat dirakam. Good luck sweetie! 😊

A Little Girl With A Big Heart



1 comment: