Meneroka Kota Athens Pada Musim Sejuk [Part 1]


Pertamanya, agak tidak terlewat rasanya andai author mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018. Semoga tahun ini membawakan lebih keceriaan dan kebahagiaan kepada kita semua. Sudah lama author tidak membuat sebarang artikel. Mungkin disebabkan kekangan kerjaya dan cinta masa. Pada 2hb Januari yang lepas, author telah berkunjung ke Athens, Greece untuk beberapa hari sahaja. Kenapa Athens (Athena)? Athena adalah salah satu kota tertua di dunia dengan sejarah tercatat sekurang-kurangnya 5,000 tahun dengan menawarkan berbagai macam artistektur dan artifak unik.


Persiapan cuma beberapa bulan sahaja selepas bercuti ke Bali pada September tahun lalu. Author cuma sempat buat itinerary sahaja dan sedikit buat research sebelum pergi. Kebiasaannya author dah siap-siap estimate budget & request quotations untuk tours di sana. That's what QS always do. 😅

Flight Duration - 11 Hours From Singapore 
Scoot Airlines merupakan low cost airlines menawarkan penerbangan langsung ke Athens, Greece dari Singapura. Begitu juga, penerbangan langsung dari Kuching International Airport ke Singapura. Fasilitinya lebih kurang macam Air Asia, tiada menyediakan TV peribadi pada seatnya, makanan-minuman serta free luggage. 😶

Scoot Airlines Food Menu

First Time Makan Nasi Lemak Berharga RM36/S$12 Sentap! hohoho


Reach Athens in the Morning Around 9:30am (Local Time)
Welcome to Athens! Rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk datang ke sini. Juga tiada mengisi Arrival Form pun seperti ke negara - negara ASEAN. Pada hari pertama, suhu cuma 17℃  pada waktu siang macam berada dalam bilik air-cond je..

Author memilih menaiki tren sebagai pengangkutan utama sepanjang berada di Athens. Untuk lebih jimat author rekomen beli tourist ticket bagi lawatan singkat selama 3 hari kerana boleh digunakan pada semua jenis pengangkutan awam di sekitar Athens secara percuma. Tiket dijual di airport metro station pada harga €22 dan valid selama 3 hari. 

Kepada students yang belajar di Eropah jangan lupa bawa sekali Student Card ya sebab kebanyakkan tempat tourist attraction offer free entry for them. Huntungla orang tu... 😜

Metro 3-Day Tourist Ticket (€ 22). Worth it!

Explanation pengunaan ATH.ENA Card. Fahamkan? 😅😆

Multiple Transportation Modes & Routes as Recommended by Google Maps Apps

Athens Metro Line Map (Source: Click Here)

Maps Are The Most Important Tools for the Sake of Travel. Read!

Finally Arrived at the Marina Hotel Around 11:30am (Local Time)

Hotel Marina ini cuma 30 per night completed with free breakfast & Wifi. Lebih murah dari penginapan di Singapura. Berdekatan dengan restoren-restoren mamak served Halal foods (I guess).

The Room Was Very Clean and Cozy Except for the Beds With Wheels..

Surrounded by Mamak Restaurants

Feels Like Home. Berlatarkan Pakaian yang Disidai.. 😅

Cuma neighborhood hotel tersebut sepertinya agak awful dan rasa tak selamat sebab penuh dengan immigrants, homeless & drunk persons. Mereka merenung kita pun dengan jelingan tajam gitu. Namun, author tiada mengalami apa-apa pun masalah biarpun berjalan waktu malam di kawasan situ.

Enjoyed Our Lunch, Greek Chicken Gyros (€ 7)
Selepas lunch, author menaiki tren menuju ke Syntagma Station dari Omonia Station (sebenarnya boleh je jalan kaki). Temple of Olympian Zeus iaitu temple terbesar di Greek terletak tidak jauh dari station. Entrance fee cuma € 3 sahaja. Oleh kerana musim sejuk ia nya dibuka sehingga pukul 3:00pm (local time).

Temple of Olympian Zeus a.k.a. the Olympieion or Columns of the Olympian Zeus
(Admission Fee € 3)
Dibina daripada batu kapur serta marmar pada 515BC setinggi 17m tiangnya untuk menyembah Dewa Zeus. Pada asalnya terdapat sebanyak 104 buah tiang Corinthian dimana kini hanya tinggal 15 sahaja. Punca kemusnahan kuil ini adalah disebabkan natural disaster & human activities.







One of Column Toppled in 1895 by A Terrible Storm

Happiness was Took a Photo with Less Crowded in Winter Time

View to Olympieion (from Another Point of View)

The Acropolis As Seen From Olympieion

...And More! 😅

Berikutnya, tempat menarik wajib dikunjungi ialah Acropolis Museum yang baru. Senibina moden yang mengumpulkan semua penemuan artifak-artifak arkeologi serta patung-patung yang terdapat di Akropolis dengan pemandangan ke seluruh tapak arkeologi di bawah lantai kaca muzium. Waktu operasi pada musim sejuk sehingga jam 5:00pm. Tidak membenarkan membawa kamera dan beg masuk ke dalam. Namun certain tempat boleh diambil gambar. 😊

New Acropolis Museum
(Admission Fee € 5)

Ancient Foundations at the Entrance to the Acropolis Museum

Interesting! 😍

People Walking On Glass Floor That Acts As A Display Of Ancient Ruins

The Original Remains of Caryatids from the Erechtheion's Porch

Close-Up Photo of Caryatids

The Art of Ancient Greece Focused Unashamedly on the Naked Body Sculptures. Everywhere! 🙈

The Acropolis, I Can't Wait to See it in Person 😁😃

On the Way Back to Hotel
Sampai sahaja di hotel keluar semula mencari makanan untuk makan malam.  Pada musim sejuk kat sini jam 6:00pm dah macam 8:00pm pada waktu Malaysia. Restoren-restoren yang berdekatan ada menyediakan makanan tapi kelihatan tidak menyelerakan dan tidak fresh. Nak beli mini cup noodle di mini market tapi teringat pula yang hotel tidak menyediakan electric kettle. huhuhu 😓

Selepas membeli makanan beberapa blocks dari hotel, dalam perjalanan balik author mengunakan route yang berbeza untuk menyaksikan sendiri suasana pada waktu malam musim sejuk di Athens.


I Love Night Photography 😍

Christmas Market

Ladder Leather Shoes € 20 Only! Menyesal Tak Beli.. 😖

A Lot of People Hang Out at This Area
Episode ngeri bermula apabila Google Maps Apps buat hal biarpun dah siap-siap muat turun offline maps. Semakin author ikut direction, setiap kali apps itu update jarak dan masa semakin bertambah! Dari 10 minit jadi 30 minit. Bateri handphone pulak habis. Author ingat nak approach je pak polisi cakap ada budak tersesat hohoho tapi passport tertinggal di hotel. Tak pasal-pasal keadaan jadi completed pulak. Tambahan lagi tak ramai penduduk di sini reti berbahasa English. Duit cuma bawa € 20 lepas tolak makanan tadi jadi €15 sahaja tinggal.



Author nekad mengunakan perkhidmatan taxi sahaja dengan harapan duit saku cukup untuk bayar tambang. Sangat risau dengan taxi scams. Thanks God! Sampai di hotel tak sampai 10 minit pun dengan charge tambang € 4 tapi author bagi € 5 tanda berterima kasih sangat-sangat sampai di hotel dengan selamat. 😹

Pengajaran dari kisah ini ialah  :

☑ Biarpun sekejap sekali pun jangan sesekali tinggalkan passport,
☑ Bawa duit lebih biarpun sekadar beli makanan,
☑ Elakkan kebergantungan sepenuhnya pada teknologi serta apps & bawa maps bersama,
☑ Jangan keluar malam-malam bersendirian kalau tak biasa dengan kawasan persekitaran, dan
☑ Jangan panik.

Semua ini takkan berlaku kalau author pergi beli dulu makanan sebelum balik ke hotel bukan? Huhuhu 😓😥

Drink to Forget...


2 comments: