Showing posts with label Scenery. Show all posts
Showing posts with label Scenery. Show all posts

Wisata Baru Di Puncak Wanagiri, Bali (2017)


Pada hari kedua kami di Bali, selepas puas bershooting di Pintu Gerbang Handara Golf & Resort perjalanan kami diteruskan ke destinasi berikutnya iaitu ke Puncak Wanagiri.

Puncak Wanagiri ini berada di Desa Wanagiri, Kecamatan Sukasada, Buleleng kini semakin dikenal sebagai lokasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Terletak di dataran tinggi 7km tidak jauh dari Pura Ulun Banu Beratan, pengunjung dapat menikmati panorama Danau Buyan dan Danau Tamblingan dengan hutan-hutan di sekelilingnya dari pinggir jalan desa yang berada di atas dua danau kembar itu.

The Gate of Heaven, Bali (2017)


Bali sememangnya popular sebagai salah satu destinasi percutian yang menarik di Indonesia. Pantainya yang indah, pergunungannya yang sejuk, sehingga langitnya yang cerah membuat para traveler tidak pernah rasa jemu untuk datang kembali ke Bali.

Kebelakangan ini banyak sekali tempat yang hits berkat photo yang diposting di Instagram. Ada sebuah tempat yang membuat author sangat tertarik sehingga menjadikannya sebagai tempat yang harus dikunjungi saat berada di Bali. Pernah melihat photo seperti di atas?

Berwisata ke Nusa Penida, Bali (2017)


Selamat sore ya teman-teman..hihihi Author laginya masih sibuk mengurusin report bulanan tugasannya di kantor. Baru harini ada kesempatan meneruskan perjuangan sebagai blogger hahaha Pada 21hb September lepas, author bersama dengan dua (2) orang lagi teman pergi short vacay ke Bali selama 3 hari 3 malam. Untuk malam pertama dan kedua kami menginap di Hotel Grand La Walon, Legian, Kuta. Untuk pertama kalinya kami ke Bali, tempat yang pertama kami harus tujui iaitu one (1) day trip ke Nusa Penida.

Borneo's Hidden Gems #3 - Mendung Escape (2017)



Semalam menerima text dari kawan aku dengan tiba-tibanya ajak aku pergi stay overnight di Mendung Escape Homestay. Dipendekkan cerita, aku sebagai replacement kerana kawannya tidak dapat join atas urusan kerja.  Jackpot!! ahahaha Aku memang sekian lama hendak pergi ke sana, tapi selalunya full booking terutamanya musim perayaan.


Excited gilerr!!
Mendung Escape merupakan sebuah homestay di mana kira-kira 35 km, sejam perjalanan dari Bandaraya Kuching, iaitu berada di Jalan Tondong / Apar / Segong. Terletak di bahagian barat Gunung Serapi dan lokasinya kira-kira 200m dari aras laut. Untuk sampai ke lokasi, pengunjung perlu mendaki sekitar 30 minit dengan jarak mendaki sekitar 700 m.

Borneo's Hidden Gems #2 - Aiman Batang Ai Resort and Retreat (2017)

Be A Tourist In Your Own Hometown!


Siapa sangka ada resort di belakang rumah? hohoho Tak jauh dari kampung aku Aiman Batang Ai Resort and Retreat ini dulunya dikenali sebagai Batang Ai Longhouse Resort dikendali oleh Hilton (kini di bawah Planet Borneo Lodge Management) terletak di pinggir Batang Ai National Park kira-kira dalam 280 km dari ibu negeri, Kuching, Sarawak. Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam perjalanan sebelum tiba di jeti bersebelahan Empangan Hidroelektrik Batang Ai dan 20 minit naik perahu/bot untuk sampai ke resort. 

Trip ke Phang Nga Bay, Phuket (2016)

"The ocean calms my restless soul..."

Sawatdee khab! Pada entry kali ini aku ingin menceritakan pengalaman aku semasa berwisata ke Phang Nga Bay, Phuket pada 18hb November 2016. Sebenarnya, aku tidak terfikir langsung pun nak ambik pakej tour yang mahal (3,900 Baht @ RM 486/-). Pada waktu itu juga, sejak perlantikkan Donald Trump sebagai Presiden Amerika yang baru nilai Ringgit 'bertambah' jatuh sehingga ke hari ini. Begitu juga rakyat Thailand masih berkabung di atas kemangkatan raja mereka, Raja Bhumibol Adulyadej pada 13hb October 2016.

Borneo's Hidden Gems #1 - Air Terjun Jangkar (2017)

May my soul forever stay wild and my spirit always be adventurous..

Air Terjun Jangkar ini dapat diakses melalui Kampung Jantan, sebuah kampung kecil terletak daerah Lundu di mana kira-kira 90km atau 1½jam dari Bandaraya Kuching. Ketinggian air terjun ini dianggarkan setinggi lima (5) tingkat bangunan dan terdapat lebih daripada 13 tiers secara keseluruhannya.