Perkara Penting Perlu Tahu Sebelum Melawat Phuket, Thailand


Sawatdee khap. Sabai dii mai? Hohoho This is my 1st entry so...agak skema kut.  Tapi aku tetap juga mengigihkan diri untuk meneruskan niat sebagai blogger. 

Ok. Kenapa Phuket? Phuket terkenal dengan pantai yang tercantik di asia tenggara. One of my life goal nak pergi ke sana lah dan akhirnya pada bulan November 2016 on 18th, aku berjaya menjejakkan kaki ke sana bersama dengan tiga (3) lagi teman-teman aku. Trip singkat je cuma 2 hari 2 malam. Sampai awal pagi Jumaat & balik pun pada awal pagi di hari Ahad.





Perkara#1 - Waktu Sesuai Pergi
Sebelum nak pergi Phuket, pertama sekali wajib perlu tahu iaitu bila masa sesuai nak pergi ke sana? Bukan main redah je ya niat nak snorkeling tapi terpaksa batalkan sebab musim hujan. Keadaan cuaca di Phuket terbahagi kepada iaitu High Season dan Low Season. High season antara di pertengahan bulan November ke April adalah waktu yang bagus melawat Phuket kerana cuacanya cerah, kurang hujan, lautnya tenang dengan langit yang biru sangat sesuai buat sesi photography dan selfie-welfie gitu. Jadi, keadaannya agak crowded dengan tourist dan barangan boleh jadi mahal. Manakala, low season (May - October) pulak adalah musim hujan di sana. Alamak! Dah terbeli tiket pada musim hujan? Takpe boleh je lepak2 santai2 di Starbucks sambil minum kopi Cappuccino panas gitu..


Perkara#2 - Tiket Flight Pergi & Balik
Check tambang murah di website Airasia, Mas & Malindo Air (hampir setiap hari check tau gila bukan main excited lagi tu). Selalunya tiket murah pada hari bekerja dan jarang da promo kaw2 on weekends ataupun public holiday. Boleh juga check di website Traveloka. Website tersebut selalunya offer almost every week ada bagi free 'Promo Code' untuk dapatkan harga tambang diskaun.
Departure Card simpan & jangan hilangkan!

Arrival & Departure Card akan diedarkan semasa naik pesawat. Simpan dan kad ini kena diserahkan balik bila balik ke Malaysia kelak. Bagaimana pula kalau ia nya hilang? Jangan risau! or panic attack et cetera sebab immigration officer akan ganti kad yang baru.



Perkara#3 - Tempat Penginapan
Cari hotel yang berdekatan dengan Patong Beach dan walking distance dengan Bangla Road dan Jungceylon Shopping Center. Ada apa dengan Bangla Road? Ada Ping Pong show Nightlife nya sangatlah happening di sepanjang Bangla Road dan anda tidak perlu guna taxi (cuba elakkan dari taxi tout) serta boleh save budget gitu. Nanti aku tunjukkan suasana nya macam mana pada next entry ok. Oh ya kami tinggal di Patong Studio Apartments, jaraknya kalau jalan kaki 10 minit ke Bangla Road. Murah je untuk 2 malam RM460.80 dibahagi dengan 4 orang = RM115.20 per person. Aktiviti banyak spend di luar sampai hotel lewat malam untuk ZZzzzzzzz.

Perkara#4 - Transportation
Bagi mengelakkan taxi tout, guna taxi airport untuk pergi ke hotel. Harga dah fix. Kami haritu guna van book dari tour agent sana. Pergi dan balik sekali hantar dalam 750 Baht. Perjalanan ambil masa 45minit dari Airport ke Patong Beach. 



Perkara#5 - Currency Exchange
Nak tukar duit di Malaysia atau di Thailand? Aku sangat sarankan tukar kat Malaysia je lagi murah. Nak tahu Money Exchanger yang jual murah? Cuba check paparan 'We Selling'. Lagi kecik nilai Ringgit lagi bagus. Masa pergi dulu 100 Baht = RM12.47 @ USD 1 = RM4.50 Di Phuket, aku ada juga tukar duit 100 Baht = RM13.00. Dulu 100 Baht = RM10.00 @ USD 1 = RM3.20 ok. Nampak tak status ekonomi Malaysia sekarang ni macam mana? Nak tunggu nilai RM naik semula baru nak traveling? Jadi datuk nenek orang kau belum tentu nilai RM akan naik. Hohoho 


Di Kuching, Money Exchanger yang jual murah dekat Mohamed Yahia & Sons Sdn Bhd di Ground Floor, Sarawak Plaza (Tel: 082-416 968). Di Semenanjung, kat Money Exchanger di Mid Valley. Jangan tukar di Bank ataupun di Airport sebab mahal. 

Perkara#6 - Tour Packages & Tour Agent
Oleh kerana trip sangat singkat, sebelum pergi aku dah siap2 buat dulu tentative program. Kalau boleh setiap saat setiap minit dipenuhi dengan aktiviti. Hohoho Ya lah bila lagi nak pergi Phuket lagi pasnikan. Ramai blogger menyarankan beli tour packages di Patong & jangan beli di airport sebab harga nya lagi mahal. Tapi aku punya cara tersendiri. Aku lebih suka customized sendiri perjalanan @ private trip. 


So, pa aku buat ialah dengan request quotation harga tiket tour kepada company² tour di sana by email. Aku dapat email diorang dari website diorang sendiri (check Pak Google banyak). Aku submit tentative program aku tadi dan biarkan diorang quote kan harga tiket tour termasuk harga transfer pergi & balik airport-hotel. Diorang ni cuma orang tengah saja untuk dapatkan tiket tour bukan organisasi yang operate tour itu sendiri. Jadi, dapatlah offer murah dari Phuket Best Tours. Deal dengan Mr. Chai. Lepas confirm, nego lagi minta diskaun dah lah kebanyakkan nya pakej VIP lagi tu hohoho


Diorang tak minta bayar pendahuluan, sampai sana baru bayar sebab takut tour tu tak menjadi kemungkinan terbatal disebabkan hujan, laut bergelora etc. 

Perkara#7 - Internet 
Kepada kaki Facebook, Wechat etc yang nak upload gambar serta-merta sebaik saja sampai di Phuket dengan berniat nak menjeleskan rakan2 kenalan, airport ada menjual sim kad which is 200 Baht only. 4G+ dan unlimited data! So far, sangat berpuas hati dengan kelajuan Internet di sana even otw menuju ke pulau pun ada line. High speed lagi.


 
Perkara#8 - Bajet & Wang Saku
Actually aku dah planning awal setahun sebelum pergi. Semangat tak? Hahaha Dalam setahun tu aku dah start kumpul duit biarpun adakalanya duit simpan tu ada yang dah travel dulu. Nak katakan percutian kami hari tu percutian budget tak juga. Nak katakan exclusive & luxury vacation pun tak juga. It's within our budget. Perbelanjaan di sana dalam lingkungan RM 1,000.00. Semasa di Phuket haritu, kami memilih tour pakej yang 'premium' dengan almost 20% - 35% discount. Kalau tak ada diskaun memang tak lah ambik pakej tour tu kan.


***Tidak termasuk harga tiket flight & renew passport

Perkara#9 - Insurance
Ini optional. Tapi bagi aku sangat penting ambik insuran terutama sekali kalau nak keluar negara. Tak pernah add-on Travel Insurance AirAsia sebelum ni kecuali ke Phuket hari itu. Sekadar precaution semasa perjalanan di sana. Sekiranya dompet, luggage, passport hilang, apa jenis kemalangan semasa dalam tempoh percutian masih cover by insurance. Ala tambah RM15 je pun dari kau berputih mata RM1,000 duit (contoh) kau lesap macam tu je. Lately, kes accident melibatkan pengunaan speedboat di sana sering kali berlaku. Aku lebih rela guna ferry, biar lambat asal selamat menuju ke destinasi. Well, anything could be happen.


Baiklah. Ini sahaja coretan aku pada entry kali ini. Semoga tips yang dinyatakan di atas ini bisa memberikan panduan kepada yang teringin nak pergi ke Phuket buat kali yang pertama.Pengalaman pergi sana sangat best sampaikan rasa tak nak balik Malaysia pulak hohoho BTW, what happens in Phuket stays in Phuket Ok?. Good luck ya!



Selepas balik dari percutian yang mengasyikkan...



No comments:

Post a Comment