Alang - alang mandi, biar basah. Alang - alang berminyak, biarlah sampai licin. Alang - alang dah sampai di bumi Greece wajib tau pergi Santorini. hohoho 😆 Santorini adalah salah satu pulau terindah serta romantis di dunia.
Santorini merupakan salah sebuah daripada gugusan kepulauan gunung
berapi Kepulauan Cyclades di Laut Aegean. Santorini terbentuk hasil letusan gunung berapi yang sangat dahsyat beberapa ribu tahun dahulu
sehinggakan sebahagian besar daripada kon sebelah atas gunung berapi tersebut runtuh menghasilkan kaldera seperti kawah yang besar dan pada akhirnya terisi oleh air Lautan Aegean.
 |
The Formation of Santorini. Full Video : Click Here |
Santorini juga sangat terkenal dengan bangunan tradisional Cyclades yang didominasi warna putih serta gereja dengan kubah berwarna biru.
Untuk sampai ke Santorini, pengunjung hanya mempunyai dua
pilihan samada menggunakan pengangkutan udara yang mengambil masa
kira-kira satu jam atau menaiki kapal Blue Ferry selama lapan jam dari
Pelabuhan Piraeus di Athens, Greece.
Okay,
untuk artikel kali ini author akan
kongsikan pengalaman sepanjang berada di Santorini selama 3 hari 2 malam semasa musim sejuk.
-------------------------------------------------
Thursday, 5th January 2018
Sekitar jam 9:00 AM, author bergerak menuju ke Athens International Airport. Hujan turun pada pagi tu dengan suhu 8 °C, boleh nampak wap keluar dari mulut bila bercakap. hohoho
 |
3:31 PM - Ryanair Low Cost Airline from Athens International Airport |
Flight kami dijangka sampai dalam jam pukul 3:35 PM tapi terpaksa berlegar lama di udara sebelum mendarat ke landasan kerana keadaan tiupan angin sangat kencang. Jantung pun berdegup laju je pada masa tu risau benda tak elok berlaku tapi syukur sangat kami mendarat dengan selamat. Lantas semua penumpang bertepuk tangan tanda lega dari keresahan dan berterima kasih kepada pilot sebaik sahaja mendarat.😀
Author ingatkan nak jimat guna bas je ke Fira Town, €1.80 tapi memandangkan dah terlepas bas yang terakhir jam 3:10 PM author terpaksa keluarkan note €20 naik taxi ke hotel biarpun jarak cuma 5 km tak sampai 10 minit pun! Grab & Uber takde ya kat sini huhuhu 😓
 |
Santorini, Please be Nice to Me... [5:27 PM] |
 |
Foods Hunting. Many Shop were Closed [5:53 PM] |
Hotel tidak menyediakan makan malam tapi ada restoren yang berdekatan. Banyak kedai tutup. Berpuluh ribu batu jauhnya datang ke sini, nasi juga dicari. hohoho
 |
Nasi Goreng Cina. Tapau Cigek. 😅 [7:10 PM] |
-------------------------------------------------
Friday, 6th January 2018
Thanks God. Cuaca sangat cerah di keesokkan harinya. Author kena bangun awal supaya aktiviti nak dirancang berjalan dengan lancar. Balik Malaysia nanti tidurlah puas-puas hohoho
 |
Good Morning Santorini! [8:27AM ] |
Author tinggal di
Hotel Solaris. Hotel ini terletak di
Fira Town, ibu kota Santorini. Hotel ini
consider murah berbanding hotel - hotel yang lain, RM 177/
night. Turut menyediakan
free breakfast. Outdoor swimming pool pun ada kalau teringin sangat nak merasa mandi kat situ pada musim sejuk amatlah di alu-alukan hohoho Ada
kitchenette dengan peti sejuk tapi takda cerek dan cawan disediakan.
Mineral water pun tak disediakan juga.
Walking distance dengan
Main Square dan terminal
bus.
 |
Solaris Hotel |
 |
Breakfast With A Sea View [8:39 AM] |
 |
Walking Distance From Main Square & Caldera |
 |
Main Square |
Author memilih untuk tinggal di Fira kerana lebih banyak kemudahan disediakan seperti tempat makan, shopping street, bank dan kelab malam selain dekat dengan terminal pengangkutan awam dan airport.
Memandangkan author cuma dapat menjelajahi Santorini dalam sehari, author merancang untuk pergi tiga (3) tempat sahaja iaitu Old Port Fira (nak naik cable car), Red Beach di Akrotiri dan Oia.
 |
My One Day Itinerary : Fira Town - Red Beach - Oia |
Jarak Santorini Old Port dari hotel mengambil masa cuma 15 minit je berjalan kaki melalui lorong yang kecil atau laluan keldai. Hati - hati ya dengan 'donkey poo trap' dan juga ada anjing neigbourhood yang suka sangat menyalak, boleh jadi anda kena mangsa kejar olehnya. huhuhu
 |
Hiking To Santorini Cable Car via Donkeypath [10:36 AM] |
Sampai saja di sana cable car telah tutup mungkin tak beroperasi pada musim sejuk. Kita hanya merancang tapi Tuhan menentukan segalanya. Sedikit hampa tapi author dapat menyaksikan pemandangan yang cantik serta unik di sini sambil membayangkan sendiri betapa dahsyatnya letusan gunung berapi tersebut sehingga menyebabkannya runtuh dan tengelam. Ia juga menimbulkan tsunami dan menenggelamkan bangsa Minoan di Crete.
 |
Fira Old Port [10:55 AM] |
 |
The White Painted Houses |
 |
The Uninhabited Islands of Nea Kameni |
Sudah ku bilang sikit lagi author kena kejar oleh anjing hohoho nasib baik sepanjang author turun balik semula ke town author didampingi oleh seekor anjing hitam dan anjing tersebut menolong 'mematikan' niat anjing putih tu untuk mengejar author. 😅
 |
Thanks for Protecting Me, My Guardian [11:09 AM] |
-------------------------------------------------
Destinasi berikutnya ialah ke Red Beach di Akrotiri, sebuah kota prasejarah pada era Zaman Gangsa (Bronze Ages) yang telah hancur oleh letusan gunung berapi. Bas berangkat dalam jam pukul 12.30 PM dari Fira ke Akrotiri. Perjalanan mengambil masa hampir setengah sejam dengan bayaran tiket bas sebanyak €2.00 sahaja.
 |
Bus Terminal [12:31 PM] |
 |
Thira a.k.a Santorini Town Map |
Di bawah ini menunjukkan jadual bas pada musim winter dalam sehari cuma 3 - 4 kali je bas bergerak dari Fira ke tempatnya lainnya. Kebiasaannya bas akan bergerak selang sejam sekali.
 |
Bus Schedule During Winter Season : Fira - Airport; Fira - Akrotiri |
 |
Bus Schedule During Winter Season : Fira - Oia |
 |
KTEL Bus Seat [12:32 PM] |
Ada beberapa orang sahaja yang turun dari bas. Mungkin tak lebih 10 orang sahaja pelancong yang datang melawat ke sini. Author bercadang nak lunch je dekat Akrotiri ternyata premis makanan di sini juga tutup.
Memandangkan author berada di Santorini pada musim sejuk maka
kebanyakkan premis tutup
untuk kerja-kerja pengubahsuaian sebagai persediaan menyambut musim
panas.
 |
A Roadside Memorial to An Accident Victim. RIP [1:00 PM] |
 |
The Shop Closed Down [1:05 PM] |
Sesuai dengan namanya, pasir pantainya berwarna merah bahkan tebing bukitnya juga berwarna
merah gelap hasil larva gunung berapi sejak ribuan tahun lalu. Dari
parkir, author mendaki tanah tinggi kemudian menuruni tebing bukit yang
sempit untuk menuju ke tepi pantainya yang indah itu.
Hati-hati ya pantai ini kelihatan tak sesuai untuk dikunjungi kerana
kebarangkalian batuan dari atas boleh jatuh ke bawah namun ramai juga
pelancong sunbathing di sini pada musim panas. Jalannya tidak rata dan penuh dengan batuan yang kecil dan ia nya boleh menyebabkannya anda tergelincir. It happened to me. hahaha 😆😅
 |
Red Beach, Akrotiri |
 |
The Red Lava Rock Cliff in Background |
 |
No Tourists In Sight. Really Enjoyed the Views. |
 |
[1:24 PM] |
Setelah
spend 30 minit di pantai,
author berjalan kaki sepanjang 2km dalam pencarian
bus station yang berdekatan dengan harapan dapat balik semula ke Fira ternyata satu kereta pun tak nampak mana pergi semua orang? hohoho Kerna risau tak sempat melihat
sunset di Oia akhirnya
author terpaksa akur minta bantuan dari penjual di
mini market berdekatan untuk menelefon pak
taxi. Ingatkan nak jimat. huhuhu
 |
No joke, where the hell is everybody? |
-------------------------------------------------
Selepas naik taxi, dalam keadaan kepenatan serta kebuluran author bersetuju untuk terus direct ke Oia setelah pak taxi offer €35 (equivalent to RM172!! bloody hell harga tambang). Harga asal ialah €40. Kalau ramai2 naik boleh kongsi bayar. 😭
 |
Akrotiri - Oia by Taxi [3:00 PM] |
Setelah menempuh perjalanan selama sejam lebih dari utara ke selatan, author pun sampai di Oia (sebutan : ii-a). Oia seindah gambar poskad antara destinasi utama para pelancong, sangat popular dengan bangunan yang dicat
putih-biru selaras dengan cerahnya langit Santorini selain lokasi paling ideal untuk melihat pemandangan sunset.
Tidak lengkap rasanya bercuti ke Santorini jika anda pulang tanpa menyaksikan keindahan matahari terbenam di Oia. Good news is pada musim sejuk tidak sesak dengan pelancong.
 |
Dinner Menu List |
 |
Shopping Area, Fira. Souvenir Hunt Before Return Home. |
 |
Night View in Fira Town [7:28 PM] |
-------------------------------------------------
Saturday, 6th January 2018
Hari terakhir
author berada di Greece.
Flight balik semula ke Athens seawal pukul 8:15AM. Seterusnya pukul 11:45AM pula balik ke
Singapore naik
Scoot Airlines.
 |
Till We Meet Again, Santorini! |
Bagi author 3 hari pada musim sejuk dengan siang yang pendek adalah tidak cukup untuk menikmati Santorini. Namun sekiranya anda datang ketika musim panas, 3 hari sudah memadai
kerana anda dapat berjalan dan melihat Santorini sehingga jam 10 malam.
Tak puas. Teringin nak datang lagi. Bila ya?.. 😛
No comments:
Post a Comment