Borneo's Hidden Gems #3 - Mendung Escape (2017)



Semalam menerima text dari kawan aku dengan tiba-tibanya ajak aku pergi stay overnight di Mendung Escape Homestay. Dipendekkan cerita, aku sebagai replacement kerana kawannya tidak dapat join atas urusan kerja.  Jackpot!! ahahaha Aku memang sekian lama hendak pergi ke sana, tapi selalunya full booking terutamanya musim perayaan.


Excited gilerr!!
Mendung Escape merupakan sebuah homestay di mana kira-kira 35 km, sejam perjalanan dari Bandaraya Kuching, iaitu berada di Jalan Tondong / Apar / Segong. Terletak di bahagian barat Gunung Serapi dan lokasinya kira-kira 200m dari aras laut. Untuk sampai ke lokasi, pengunjung perlu mendaki sekitar 30 minit dengan jarak mendaki sekitar 700 m.


Fasiliti homestay ini dilengkapi tiga bilik iaitu penginapan berkeluarga, backpackers dan pilihan bilik bulan madu istimewa untuk pasangan-pasangan yang mengimpikan privasi. Dibina di kawasan bukit, fasiliti ini dibina di lokasi yang paling strategik kerana kita dapat melihat pemandangan yang sangat indah serta mempersonakan terutama pada waktu senja dan awal pagi.

Unexpected journey begins!

Ekspedisi kali ini ada 9 orang, kami gerak dari Bandaraya Kuching dalam jam 2.00 pm dan sampai ke lokasi dalam kira-kira pukul 3.00pm. Ada papan tanda Mendung Escape dengan bertemakan 'Above the Clouds, Under the Stars". Gunalah perkhimatan Waze atau Google Map sekiranya tidak tahu jalan menuju ke sana.


Contact number owner juga tertera di signboard..


Sampai di meeting point. Ariff, owner Mendung Escape (tiada dalam gambar) as our tour guide naik ke atas..


Ikut sahaja tali tergantung berwarna hitam tu...



Masih mampu senyum dekat sini hohoho 😅



The climb begins. Pengunjung disarankan berhati-hati mendaki, kalau nasib tak baik mungkin terserempak dengan binatang berbisa seperti ular etc.Mungkin 1/1000 kes.

Trek tak susah tapi stamina juga harus ada dengan kecuraman 75 degree!



Rehat sekejap. Author sendiri pancit hohoho jangan lupa bawa air!


Jangan rushing sangat Homestay tu tak kemana..



Sikit lagi nak sampai..


Sampai juga akhirnya...


Keadaan bilik dan kemudahan yang disediakan..

Sepertinya author tidak sempat stay overnight dan mengambil banyak2 photo untuk di share dalam blog kali ini kerana keadaan kurang mengizinkan. Akan datang aku mesti datang ke sini semula. 😀 Jika anda berminat untuk ke Mendung Escape, boleh tempah terus di sini (click here) atau melalui Facebook Page.


LIFE IN WANDERLUST






No comments:

Post a Comment