Semalam menerima text dari kawan aku dengan tiba-tibanya ajak aku pergi stay overnight di Mendung Escape Homestay. Dipendekkan cerita, aku sebagai replacement kerana kawannya tidak dapat join atas urusan kerja. Jackpot!! ahahaha Aku memang sekian lama hendak pergi ke sana, tapi selalunya full booking terutamanya musim perayaan.
![]() |
Excited gilerr!! |
Mendung Escape merupakan sebuah homestay di mana kira-kira 35 km, sejam perjalanan dari Bandaraya Kuching,
iaitu berada di Jalan Tondong / Apar / Segong. Terletak di bahagian barat Gunung Serapi dan lokasinya kira-kira 200m dari aras laut. Untuk sampai ke lokasi, pengunjung perlu
mendaki sekitar 30 minit dengan jarak mendaki sekitar 700 m.