Trip ke Phang Nga Bay, Phuket (2016)

"The ocean calms my restless soul..."

Sawatdee khab! Pada entry kali ini aku ingin menceritakan pengalaman aku semasa berwisata ke Phang Nga Bay, Phuket pada 18hb November 2016. Sebenarnya, aku tidak terfikir langsung pun nak ambik pakej tour yang mahal (3,900 Baht @ RM 486/-). Pada waktu itu juga, sejak perlantikkan Donald Trump sebagai Presiden Amerika yang baru nilai Ringgit 'bertambah' jatuh sehingga ke hari ini. Begitu juga rakyat Thailand masih berkabung di atas kemangkatan raja mereka, Raja Bhumibol Adulyadej pada 13hb October 2016.

Namun setelah aku menyampaikan hasrat aku ingin pergi island hoping pada sebelah petang kepada tour agent, Mr. Chai via emel, beliau telah menawarkan satu (1) pakej tour hoping ke Phang Nga Bay / James Bond Island dengan harga lebih murah cuma 2,600 Baht @ RM 324/- per person! Lumayan sih... hohoho Tambahan pula trip tersebut maksima cuma 20 orang penumpang saja. Less crowded.

Entry sebelumnya aku ada bagi tips untuk dapatkan harga tour murah (click here). Syarikat yang mengendalikan tour ini adalah Silver Hawk Group di mana mendapat review point sebanyak 4.5/5 dari TripAdvisor. Yes, I totally recommend it!



Brochure 8 Points Phang Nga Bay VIP Trip Plus Sunset by Luxury Boat

Pakej tour ini termasuklah:
  • Transportation round trip hotel-pier
  • Snack, refreshment, soft drink, coffee & tea turut disediakan
  • Lunch & dinner
  • Jaket keselamatan
  • National park entrance fee
  • Insurance


Itinerary perjalanan kami

Ok perjalanan kami bermula sebaik sahaja sampai di airport pada jam 7.30am (waktu tempatan). Terus menuju ke Pangkalan Ao Por. Dalam perjalanan singgah sebentar di Seven Eleven (7E) untuk membeli makanan ringan, minuman serta sunblock.

Tak sempat nak check-in hotel dulu hew hew hew

Bersuwafoto di 7E?

Harga telur cuma 39 Baht @  RM 4.86

Tin Sardin 72 Baht @ RM 8.97 lebih mahal atau disebabkan RM jatuh? emm

Sampai 2 jam awal di Ao Por Pier

Photos of the late King Bhumibol Adulyadej

Kami lebih prefer mengunakan ferry ataupun big boat berbanding speed boat kerana di sini sering kali accident melibatkan speed boat. Cuba Google. Biar lambat asalkan selamat. :-D


Sekadar gambar hiasan hohoho

Our cruise routes

Bergambar di atas dek boat


Harus!

Destinasi pertama kami ialah Naka Island. Di sini boleh je pergi mandi-manda. Main jet ski pun boleh tapi kena bayar sendiri sebab tak termasuk dalam pakej.

Welcome to Naka Island!


Tak mandi pun nanti sunburn katanya kekeke
-----------------------------------------------------------------------------

Balik semula ke boat dan kami menikmati hidangan makan tengahari yang lazat. Makanan disediakan adalah halal serta sedap. Vegeterian menu juga boleh disediakan (as per requested). Ada sotong goreng/ onion rings dan sup, ikan, kerabu, mee hoon, ayam goreng et cetera.

Slurp!


Sightseeing Phanak Island

...sambil menyaksikan gelagat member tengah shooting sakan..

Seterusnya, kami pergi bercanoe di sekitar lagoon di Hong Island. Canoe muat untuk tiga (3) orang sahaja. Menjelajah kawasan-kawasan gua dengan pemandangan stalactite dan stalagmites menarik serta memukaukan. The best part ialah ketika melalui dalam gua yang gelap di mana anda perlu baring pada canoe untuk melepasi lubang gua yang rendah. Teruja sangat sebab impian aku telah direalisasikan setelah dapat bercanoe memasuki gua sebelum ini tengok dalam gambar je.

Ada krew tolong kayuhkan. Kita kan tourist hew hew hew

Nampak tak boat kami?..

Zoom in

Seakan kolam yang dikelilingi batu kapur..


Mempersonakan!


If I take photo both of you..

...you must take photo for us too, deal? hohoho

Krew tolong ambikkan photo kami bersama. Khob khun na. Nanti bagi upah!

Selepas selesai aktiviti canoeing, balik semula ke boat. Dalam perjalanan menuju ke destinasi berikutnya, hujan turun dengan lebatnya sekali dengan ribut yang kencang. Risau juga dibuatnya takut perkara tak elok berlaku. Dah lah pertama kali tengok kejadian macam tu di tengah lautan. Nasib baik air laut tak bergelora sangat. huhuhu

Brace yourself. The storm is coming..


Deck basah ditempiasi oleh hujan


It's Morpin time! Pasang balik safety jacket..

Syukur! Everthing is back to normal again. Hampir sejam juga boat kami meredah hujan. Ok, destinasi kami seterusnya ialah James Bond Island. Pulau ini jadi famous sangat selepas lokasi ini dijadikan lokasi pengambaran sebuah film James Bond dalam sequel "The Man With The Golden Gun" sekitar tahun 1974. Ikon yang menarik di pulau ini adalah Ko Tapu iaitu satu pulau batu kapur besar yang ketinggian 20 metres.

Batu trademark yang sangat iconik dan unik

Angin kau membawa bahteraku


Belakang takbir hohoho


1..2...3...Lompat!!


Stunning view~
Aktiviti berikutnya ialah membuat bunga Krathong dengan mengunakan Bunga Lotus (sepatutnya daun pisang ya). Perayaan Loy Krathong sangat popular di Thailand. Perayaan tersebut adalah bagi penganut Buddha (keturunan Siam) menunjukkan rasa kesyukuran kepada Dewi Air dan dipercayai bahawa Krathong mampu menghanyutkan dosa, nasib malang, dan penderitaan apabila dibebaskan ke dalam laut.

Gigih tul..nak buang dosa lama hahaha


Sambil menyaksikan sunset... tranquila!

Bergambar dengan krew kapal, Jommy


Ta-da! Done!!

Destinasi terakhir kami ialah Phanak Island. Keadaan sudah gelap. Kami terus menuju ke sebuah gua dan Loy Krathong tadi ditengelamkan dihanyutkan ke atas permukaan air.

I wish...

...without the dark... the light won't show...

#beautifuljourney

Kelihatan cahaya lampu boat dari jauh

-------------------------------------------------------------------
Sebaik sahaja sampai di boat makan malam telah pun dihidangkan. Not heavy but satisfied!

I love Thai noodles!

Bergambar bersama tour guide, Tuk.. very friendly..

Dapat sourvenir tag setiap seorang
---------------------------------------------------------------
Sampai di pier dalam pukul 7.00 pm. Kami semua di hantar balik ke hotel masing-masing mengunakan van. Secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati dengan trip kami kali ini yang telah dikendalikan oleh Silver Hawk Group ini. Highly recommend it. Would love to do this trip again not just for the amazing scenery and delicious foods but the staff and guide spot on!


  - Our videos compilation -


No comments:

Post a Comment