Meneroka Kota Athens Pada Musim Sejuk [Part 1]


Pertamanya, agak tidak terlewat rasanya andai author mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018. Semoga tahun ini membawakan lebih keceriaan dan kebahagiaan kepada kita semua. Sudah lama author tidak membuat sebarang artikel. Mungkin disebabkan kekangan kerjaya dan cinta masa. Pada 2hb Januari yang lepas, author telah berkunjung ke Athens, Greece untuk beberapa hari sahaja. Kenapa Athens (Athena)? Athena adalah salah satu kota tertua di dunia dengan sejarah tercatat sekurang-kurangnya 5,000 tahun dengan menawarkan berbagai macam artistektur dan artifak unik.